Sunday, January 23, 2011

Teori Social Diri George Herbert Mead

sem ini saya ambil sosiologi persekolahan, masa cari bahan untuk assignment, saya baca dan translate teori ini dari buku sosiology tulis oleh macionis,terbit oleh pearson.....(sambil buat, sambil fikir mayb saya blh jadi translator buku.... : p  )

Teori Social Diri George Herbert Mead
George Herbert Mead (1863-1931) memperkembangkan teori behaviorism social untuk menjelaskan tentang bagaimana pengalaman sosial seseorang mempengaruhi personaliti individu.
Diri          
Konsep utama Mead ialah diri, bahagian personaliti seseorang individu terdiri daripada kesedaran diri (self-awareness) dan citra diri (self-aware) .
Pertama, diri berkembang, dan bukannya dilahirkan. Diri bukan sebahagian daripada badan, personaliti tidak dipengaruhi faktor biologi, bertentangan dengan teori Freud dan Piaget.
Kedua, Diri berkembang hanya akibat daripada pengalaman sosial, dengan berinteraksi dengan individu lain.
Ketiga, pengalaman sosial ialah pertukaran simbol. Hanya manusia yang menggunakan kata dan gerakan untuk mewujudkan erti.
Keempat, proses mencari erti membawa manusia untuk fikir tentang niat individu lain.
Kelima, untuk memahami niat, manusia perlu memikirkan situasi dari sudut pandangan individu tersebut
Cermin Diri
Orang lain merupakan cermin di mana kita melihat diri. Apa yang kita fikir tentang diri, dipengaruhi oleh bagaimana kita fikir orang lain menlihat diri kita.
Aku (I)  dan Saya (Me)
Idea keenam Mead adalah, kita menjadi citra diri dengan menambil peranan orang lain. Dengan kata lain, diri terdiri daripada 2 bahagian. Bahagian pertama ialah ‘aku’ yang berfungsi sebagai subjek, aktif dan spontan. Bahagian kedua ialah ‘saya’ yang berfungsi sebagai objek, iatu cara kita fikir orang lain melihat kita. Semua pengalaman sosial terdiri 2 komponen : kita mengambil suatu tindakan (fasa aku), dan kemudian kita teruskan tindakan berpandukan bagaimana respon orang lain terhadap kita.
Perkembangan Diri
Menurut Mead, kunci utama dalam mengembangkan diri adalah belajar mengambil peranan orang lain. Bayi berbuat demikian secara peniruan kerana kekuranga pengalaman sosial. Mereka meniru tindakan tanpa memahami niar sebaliknya, maka, mereka tiada diri semasa ini.
Apabila budak belajar mengguna bahasa dan simbol lain, diri wujud dalam bentuk lakon. Lakonan melibatan anggapan bahawa peranan orang tertentu, contoh ibu bapa, membawa kepentinfan untuk proses sosial. Lakonan ‘ ibu dan bapa’ penting untuk membantu anak kecil membayangkan dunia daripada pandangan ibu bapa.
Secara perlahan, budak mula mengambil perana individu-individu lain. Ini membolehkan mereka berkembang daripada lakonan mudah seperti permainan tangkap lari kepada permainan kompleks seperti permainan bola keranjang.
Carta menunjukkan perkembangan daripada peniruan kepada permainan watak. Namun wujud tahap terakhit dalam perkembangan diri. Suatu permainan memerlukan peranana individu tertentu dalam sesuatu situasi. Tetapi, kehidupan seharian memerlukan kita melihat diri daripada pandangan ahli masyarakat lain. Mead menggunakan ‘geheralized other’ untuk merujuk kepada adat resam dan nilai yang kita guna sebagai panduan menilai diri kita.
Dengan perubahan masa, diri sentiasa berubah berlandaskan pengalaman sosial kita. Namun, walau bagaimana dunia membentuk kita, kita sentiasa kreatif bertindak terhadap sekeliling kita.

No comments:

Post a Comment